Want your
own Fotopage?








 
qie's FotoPage

By: qie weng

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 12-Mar-2008 04:57 Email | Share | | Bookmark
KeMBaR...4

 
Umi mengusap kepala Nadia dengan penuh kasih sayang… terharu Haikal melihat kelakuan Umi terhadap gadis yang tidak pernah di kenali ini. Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan kelihatan seorang nurse datang sambil membawa bungkusan.

“Maafkan saya kerana menganggu. Ini adalah pakaian dan barang-barang kepunyaan isteri Encik. Buat masa sekarang isteri Encik tidak akan sedar diri sehingga esok. Saya rasa eloklah Encik semua balik dulu” Nurse bernama Ain menyerahkan bungkusan kepada Haikal. Terkebil-kebil Haikal mengambil bungkusan tersebut.

Apa aku nak buat dengan bungkusan nie……

“Umi marilah kita balik dulu … insya’allah esok kita datang lagi..” Along memujuk Umi. “Farah, malam nie tidur rumah Umi. Lagipun Nadia kat wad tak kan Farah nak tidur kat rumah sorang-sorang” Umi memandang wajah sungul Farah. “Tak apa lah Umi, Farah rasa biarlah Farah temankan Nadia. Boleh kan nurse?” Farah meminta kebenaran. “Baiklah tapi Cik seorang saja yer” Ain tersenyum memandang Farah. “Terima kasih nurse”

Sebelum pulang Umi sempat mencium dahi Nadia. Sambil berbisik… “Nadia, Umi balik dulu yer… Nadia berehat lah insya’allah esok Umi datang jenguk Nadia”
“Pakaian dan barang kepunyaan Nadia, Haikal bawa balik nanti Umi basuh. Bila Nadia dah sedar baru Haikal pulangkan pada Nadia” Umi memandang wajah Haikal.

Haikal mendekati katil Nadia… seolah-olah memahami yang lain keluar dari bilik memberi ruang kepada Haikal.

“Awak… sedarlah… maafkan saya” Haikal tidak berani nak memegang tangan Nadia. Terasa seolah-olah diri tidak layak untuk berbuat demikian.

Sekembalinya mereka di rumah Haikal dan Iskandar telah membuat penjelasan atas apa yang telah berlaku.

“Umi tak nak memihak pada sesiapa. Bagi Umi, Is dan Haikal sama-sama salah. Tengok apa yang telah kamu semua lakukan??? tak pasal-pasal nyawa dan masa depan seorang gadis hampir-hampir musnah akibat dari perbuatan kamu berdua.”

“Abang Haikal…. Is hanya nak kenalkan abang dengan Nadia. Memang Is mengaku harapan Is hanyalah satu moga-moga hati abang terbuka untuk menerima kehadiran Nadia dalam hidup abang. Sudahlah abang… Is dah tak sanggup lihat abang macam nie… sampai bila abang nak biarkan hidup abang di belengu dengan kenangan abang dengan Azura. Azura pun dah kawen lain sebab kena tangkap basah. Tak kan abang nak Azura lagi??? abang…. Is tahu berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul… tapi abang jangan lupa yang kita nie kembar. Apa yang abang rasa Is juga rasa… Is minta maaf kalau kata-kata Is membuatkan abang terasa.” Iskandar memandang muka kembarnya.

“Abang tahu Is nak tengok abang bahagia tapi Is…. bukan senang untuk abang lupakan cinta pertama abang… apa yang Is buat memang abang tak boleh terima dan abang tak sangka pula akan jadi begini. Umi, maafkan Haikal”

“Along tak tahu nak cakap apa lagi… Along pun sependapat dengan Umi. Haikal kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku”

“Along nak Haikal buat apa lagi??? Haikal dah mengaku yang Haikal bersalah… so Along nak suruh Haikal bertanggungjawab, baiklah Haikal akan bertanggungjawab segala bil rawatan Nadia, Haikal akan tanggung. Haikal akan minta maaf pada Nadia nanti” Haikal mula rasa tertekan. “Haikal…. Umi tak ajar anak-anak Umi biadap macam nie! Haikal tau tak dengan siapa Haikal cakap tue?” Umi menegur sikap Haikal yang meninggikan suara. Haikal meraup mukanya. “Maafkan Haikal, Along… Haikal tak tahu apa yang harus Haikal lakukan”. Haikal memeluk Along. “Sudahlah Haikal. Dah… pergi naik mandi kemudian solat. Along dah cakap apa yang Along nak cakapkan selebihnya terpulang pada Haikal” Along menepuk perlahan bahu adiknya.

Akhirnya Haikal menyedari apa yang terjadi adalah atas kesilapannya. Haikal berjanji akan bertanggungjawab dan perkara begini tidak akan berlaku lagi. Perlahan-lahan Haikal naik ke bilik. Setelah membersihkan diri dan menunaikan solat Isya’ Haikal berbaring di atas katil. Terbayang-bayang wajah pucat Nadia di matanya. Terkebil-kebil Nadia memandangnya saat Haikal menuduhnya berpura-pura sedang sakit padahal masa tue Nadia memang sedang menahan kesakitan sebab gastric. Akhirnya Haikal terlena dalam keadaan serba salah.

Pagi-pagi lagi Umi sudah bersiap untuk melawat Nadia. Is dan Along akan ikut sama menjenguk Nadia di hospital. Kali ini Kak Mira isteri Along turut serta. Anak-anak Along seramai 5 orang di tinggalkan dengan Mak Ngah, pembantu rumah. Mengenangkan Farah yang temankan Nadia di hospital malam tadi Umi telah bekalkan mee hoon untuk Farah.

Di hospital…

Nadia masih lagi terbaring lemah. Sekejap-kejap Doctor Kamal akan datang untuk melihat perkembangan Nadia. Farah memandang Nadia sambil mengusap kepala Nadia.

“Nadia… bukalah mata…. Farah risau…” Farah membelai perlahan-lahan kepala Nadia.
Tiba-tiba pintu terbuka kelihatan Umi, Haikal, Kak Mira, Along dan Iskandar masuk. Farah segera bersalaman dengan mereka semua.
“Macam mana keadaan Nadia, Farah” Umi memeluk Farah
“Doctor Kamal kata keadaan Nadia stabil tapi sampai sekarang Nadia tak buka mata pun” air mata mengalir dengan lajunya.
“Tak per lah Fara….

sambung pat :-w aku tunggu neh! Wed 12-Mar-2008 08:11
Posted by:Awekz  - [Link]
wehh sambung2...wahahaha... best2 Sat 22-Mar-2008 01:27
Posted by:pari2  - [Link]
Add comment


Tuesday, 11-Mar-2008 09:48 Email | Share | | Bookmark
KeMBaR...3

 
“Haikal.. Iskandar.. apa yang dah berlaku nie??? ” kata Umi cemas… bertambah cemas setelah melihat Farah menangis. Umi mendapatkan Farah cuba memujuk gadis itu. Umi tahu akan keakraban Nadia dan Farah walaupun tidak mengenali Nadia. Tetapi Umi percaya Nadia adalah gadis dan anak yang baik dari cerita Farah.

Seorang doctor keluar dari wad kecemasan sambil memandang sekelompok keluarga di hadapan wad tersebut “Maaf Encik… siapa ahli keluarga Nadia Aqiellah Amirda?” Haikal bergegas mendapatkan doctor tersebut. “Bagaimana keadaan dia doctor?”

“Saya, Doctor Kamal. Alhamdulillah isteri Encik selamat dan beliau sekarang dalam keadaan stabil namun kami terpaksa memberikan isteri Encik bantuan pernafasan. Luka di perut dan kepala agak serius lebih-lebih lagi isteri Encik kehilangan banyak darah. Buat masa sekarang keadaan isteri Encik sangat lemah dan isteri Encik tidak boleh diganggu. Isteri Encik perlukan rehat yang banyak. Encik tahu kan kalau kecederaan yang melibatkan kepala merupakan satu perkara yang serius.Isteri Encik bernasib baik kerana tikaman pisau tidak mengenai bahagian penting dalam badan. Apa pun Encik tidak perlu risau.” Penjelasan Doctor Kamal tersebut membuatkan mereka semua bersyukur dan terkejut dengan panggilan terhadap Nadia… isteri Encik… isteri abang Haikal???.... Iskandar tersenyum sambil memandang Umi. Umi jua turut tersenyum seolah-olah mengerti akan pandangan Iskandar.

Muka Haikal merah… ada pula aku di panggil suami Nadia??? apa muka aku nie dah macam muka suami orang ker??? tak der insurans sungguh doctor nie…

“Sebenarnya doctor saya….” Haikal ingin menerangkan keadaan sebenar.
“Boleh kami jenguk dia, doctor?” Umi cepat-cepat bersuara tanpa menghiraukan jelingan Haikal… walaupun Nadia dalam keadaan stabil dan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan namun naluri keibuan mengatasi segalanya. “Boleh … tapi jangan lama-lama .. tapi sebelum tue… Encik…” ibu jari Doctor Kamal menunding ke arah Haikal. “Saya, Haikal…” Haikal memperkenalkan dirinya. “Encik Haikal, saya harap Encik dapat pastikan isteri Encik makan ikut masa dan kalau diet pun biarlah jangan sampai memudaratkan kesihatan". “Maksud doctor?” Haikal kebingungan.
“Eh!!! Encik tak tahu ker yang isteri Encik mengidap gastric???” “Err…. Ya… ya…” Haikal gugup patutlah Nadia terduduk tepi jalan tadi… mungkin masa tue gastric dia datang. “Buat masa sekarang isteri Encik perlukan rehat yang cukup kami akan tahan dia di wad buat sementara waktu”. “Doctor… er… er… adakah… dia…” Haikal menggaru kepala yang tidak gatal.
“Maksud Encik… adakah isteri Encik di rogol?” Doctor Kamal tersenyum. Haikal mengangguk.
“Alhamdulillah isteri Encik tidak di rogol. Kesan koyakkan pada baju beliau ada menunjukkan pemangsa mempunyai niat untuk merogol. Apa pun saya cadangkan Encik membuat laporan polis supaya kejadian begini tidak akan berlaku pada isteri Encik”
“Terima kasih doctor”
“Sama-sama sudah menjadi kewajipan saya” doctor Kamal berlalu meninggalkan wad tersebut.

Haikal memandang wajah Umi, Along, Iskandar dan Farah sambil mengeluh. Syukur Alhamdulillah Nadia selamat.

“Haikal… Is… Along tak tahu apa yang telah terjadi. Along dan Umi perlukan penjelasan dari Haikal dan Is.. Along tidak mahu adik-adik Along menjadi lelaki yang tidak bertanggungjawab.” Along bersuara. Memandangkan mereka telah kehilangan ayah sejak si kembar di lahirkan segala tanggungjawab berkenaan dengan keluarga telah dipikul oleh Along. Along tetap menitikberatkan hal keluarga.

“Sebelum itu, Umi nak Nadia di masukkan ke wad persendirian.” Umi memandang wajah anak bujangnya.

“Pertukaran wad Along boleh uruskan. Kejap lagi kita lawat Nadia, sementara tunggu pertukaran wad di buat Haikal dan Is bawalah Umi dan Farah ke kantin bawah dulu. Along jumpa doctor dulu”

Mereka hanya menurut perintah Along. Tidak lama selepas itu mereka di benarkan melawat Nadia setelah pertukaran wad di buat atas permintaan Umi.

Di Wad…

Hati seorang ibu terusik setelah memandang keadaan Nadia yang terbaring lemah. Umi mendapatkan Nadia sambil di ikuti oleh anak-anaknya. Haikal mengambil kerusi untuk Umi namun Umi duduk di birai katil sambil mengusap perlahan tangan Nadia. Keadaan Nadia sungguh menyentuh hati. Mukanya pucat, kepala di balut, bibir pecah dan ada luka-luka kecil di tangan Nadia mungkin Nadia bergelut mempertahankan maruahnya. Nadia di berikan bantuan pernafasan. Nafasnya begitu perlahan terasa amat payah untuk bernafas.

“Nadia…. Maafkan Farah…” Farah memandang sayu ke arah Nadia. “Sabarlah awak…. saya rasa bersalah juga kalaulah saya tidak mendesak Nadia, perkara begini tidak akan berlaku” Iskandar memandang wajah pucat Nadia. “Apa yang berlaku nie Is?” Umi memandang wajah Iskandar.
“Umi, Along rasa biarlah Nadia berehat dulu kita pulang dulu Umi kat rumah nanti Is dan Haikal kena beritahu kami apa yang terjadi” Along memandang ke arah si kembar. Iskandar dan Haikal tunduk tidak berani untuk bertentangan mata dengan Umi dan Along.

“Inilah pertama kali Umi berjumpa dengan Nadia, tidak sangka Umi akan berjumpa dengannya dalam keadaan begini. Farah dah beritahu keluarga Nadia?” Umi memandang wajah Farah.
“Nadia tidak mahu keluarganya tahu akan perkara ini Umi kecuali…. kecuali…” Farah tidak dapat membendung kesedihannya.
“Kecuali apa Farah???”
“Kecuali kematiannya” Haikal bersuara.
“Astghrafirullah…” Umi mengurut dadanya.
“Along rasa biarlah keluarganya tidak tahu Umi, mungkin Nadia tidak mahu keluarganya risau. Pasal police report tue pandai-pandailah Is dan Haikal nak buat apa mereka kan polis”
“Is serahkan pada abang Haikal… abang Haikal kena bertanggungjawab” Iskandar memandang wajah Haikal. Haikal hanya mengangguk. “Sudah… jangan nak bertekak pula kat sini” Umi meninggikan suaranya tahulah mereka yang Umi benar-benar marah kini.

UNTUK KOLEKSI PAKAIAN,BEG,KERONSANG DAN TUDUNG.LAWATILAH http://tropika.r8.org
Tue 11-Mar-2008 10:09
Posted by:unnamed  - [Link]
Add comment


Tuesday, 11-Mar-2008 00:29 Email | Share | | Bookmark
KeMBaR...2

 
“Is… Farah…. Na… Nadia dah… jalankan… amanah ya…yang diberi… Farah… to… tolong jangan… beri…tahu family… Nadia… apa yang ter…jadi….kecuali… kematian Nadia” dalam kepayahan Nadia bersuara dan akhirnya Nadia terbaring lemah. Farah meraung melihatkan keadaan Nadia. Tidak sanggup rasanya kehilangan seorang sahabat yang telah dianggap sebagai seorang kakak yang selalu bersamanya susah dan senang.

Haikal tidak menunggu lama terus mencampung tubuh Nadia sambil memandang Iskandar… “Is cepat kita bawa Nadia ke hospital…” Haikal terus berlari ke arah kereta Iskandar.

Iskandar dan Farah terkejut dengan tindakan drastic Haikal. “Is cepat!!!!” laung Haikal.

Iskandar dan Farah bergegas menuju ke kereta. Apa yang bermain di fikiran Iskandar ialah dia mesti cepat sampai ke hospital. Iskandar rasa bersalah atas apa yang berlaku pada Nadia… kalaulah bukan disebabkan aku yang mendesak Nadia supaya hantarkan wallet abang Haikal dan kalaulah abang Haikal tidak bertindak kejam dengan meninggalkan Nadia benda nie semua tidak akan terjadi… Iskandar memandang Haikal dengan rasa marah.

“Is… abang tahu Is marahkan abang. Abang harap Is simpan dulu rasa marah tue dan yang penting sekarang nie kita semua mesti cepat sampai hospital. Nyawa Nadia lebih penting. Abang minta maaf atas apa yang terjadi.” Haikal tahu Iskandar marahkannya namun dia perlu bijak dalam menangani situasi begini nyawa Nadia lebih penting. Haikal menoleh ke belakang memandang wajah Nadia yang pucat. Masih terasa hembusan nafas Nadia yang tersekat-sekat dan lemah semasa dia mencampung tubuh Nadia. Maafkan saya….

Sampai sahaja di hospital Nadia telah di masukkan di wad kecemasan. Iskandar sedang memujuk Farah yang tidak henti-henti menangis. Haikal pula termenung menyalahkan dirinya.

Kenapa aku begitu kejam dengan gadis yang tak dikenali??? apa yang dah aku buat nie????... Haikal meraup wajahnya dengan kedua belah tangan. Nun di pintu wad kecemasan kelihatan Umi dan Along bergegas mendapatkan Haikal dan Iskandar. Mereka datang setelah diberitahu Iskandar. Umi terkejut melihat baju Haikal yang berlumuran darah.

Add comment


Monday, 10-Mar-2008 00:24 Email | Share | | Bookmark
KeMBaR...1

 
Namun apalah kudrat seorang gadis yang dalam kesakitan. Lelaki yang berbadan besar itu tidak menunggu lama terus mengetuk kepala Nadia dengan botol yang terdapat di situ. Tidak cukup dengan itu, lelaki yang mempunyai parut di dahi terus menikam perut Nadia dengan pisau. Nadia dapat merasakan cecair pekat sedang mengalir di kepala dan perutnya terasa ngilu akibat dari tikaman tersebut. Nadia mula berjalan terhuyung hayang dan pandangannya mulai kabur akibat dari kesan hentakan dan juga darah yang mengalir di muka akhirnya Nadia jatuh. Memandangkan keadaan Nadia yang mulai lemah lelaki tersebut telah mengoyakkan baju Nadia sehingga menampakkan sebahagian dari dadanya. Melihatkan dada Nadia yang putih melepak, lelaki tersebut mengggomol Nadia penuh bernafsu. Nadia hanya mampu mengerang dan terus berdoa moga-moga Is dan Farah datang mencarinya.

Iskandar dan Farah sampai setelah merasakan Nadia pergi terlalu lama dan mereka bimbangkan keadaan Nadia.

“Ya Allah… Nadia!!!! Hoi…. Bangsat….” Iskandar cepat-cepat mendapatkan Nadia yang separuh sedar. Lelaki tersebut terkejut dengan kehadiran Iskandar terus menjauhkan diri dari Nadia.

Celaka…. Terbantut niat aku…

Iskandar menanggalkan jeket yang dipakainya terus memberikan kepada Farah untuk menutup tubuh Nadia yang terdedah. Farah menangis teresak-esak melihat keadaan Nadia yang mengaibkan. Farah cuba menahan darah dari terus mengalir dari perut Nadia. Farah dapat merasakan sesuatu akan berlaku terus menghubungi Haikal. Haikal datang tidak lama selepas itu dan mendapati adiknya sedang berlawan dengan dua orang lelaki. Haikal terus menumbuk lelaki berbadan besar yang cuba memukul curi. Akhirnya kedua lelaki tersebut cabut lari setelah merasakan kemenangan berpihak pada 2 lelaki yang cuba menyelamatkan gadis yang hampir-hampir menjadi mangsa rogol mereka.

Iskandar dan Haikal terus mendapatkan Nadia. Melihatkan keadaan Nadia yang berlumuran darah Haikal terus menanggalkan jeket cuba menahan darah dari terus mengalir.

“Abang tahu tak apa yang telah abang lakukan??? Abang nie memang lelaki yang tak berhati perut langsung. Kalau apa-apa yang terjadi pada Nadia, Is tak kan maafkan abang” Iskandar memandang bengis ke arah Haikal. Haikal hanya mampu berdiam diri.

“Nadia… Nadia… bukalah mata Nadia… Farah kat sini..” esakkan Farah makin kuat setelah melihat Nadia makin lemah. Banyak darah yang mengalir di kepala dan perutnya.

Akhirnya dengan kudrat yang ada Nadia cuba membuka matanya dan wajah yang dia nampak adalah wajah tampan Haikal namun apalah gunanya ketampanan jika suka menuduhnya tanpa usul periksa. Nadia menghulurkan wallet Haikal yang telah diamanahkan oleh Is dan Farah tadi. Tergamam Haikal dengan tindakan Nadia. Penyesalan bermukim di lubuk hatinya ternyata Haikal salah faham dengan kedatangan Nadia. Sudahlah Nadia penat berlari cuba memberikan walletnya yang tercicir malahan gadis itu dihemburkan dengan kata-kata yang kasar.

Add comment


Thursday, 6-Mar-2008 12:45 Email | Share | | Bookmark
KeMBaR...

 
“Nadia… bolehlah… awak tolong berikan wallet abang Haikal nie kat dia…” kembar Haikal terus mendesak Nadia untuk memberikan wallet Haikal yang tertinggal di meja makan sewaktu mereka sedang makan.

Haikal tertinggal wallet setelah mengetahui helah kembarnya yang hendak memperkenalkan kawan baik kekasih adiknya, Farah. Nasib baik Iskandar memberitahunya setelah mereka habis makan di restoran Pak Samad. Sebaik sahaja mengetahui Farah dalam perjalanan dengan Nadia, Haikal terus sahaja menyudahkan suapannya dan semasa Farah dan Nadia sampai, Haikal terus berlalu. Bengang dengan tindakan kembarnya, Haikal berlalu tanpa membuat bayaran. Padan muka Is… buat lagi perkara yang bukan-bukan. Haikal sedar tindakan Is adalah untuk kebaikan dirinya jua tetapi dia merasakan belum tiba masanya untuk dia mencari pengganti Azura, bekas tunangnya.

“Loh… kenapa abang Haikal tu? tak sempat Farah nak kenalkan Nadia kat dia” Farah memandang Nadia. “Ops… kejap… kejap… apasal tetiba jer Nadia terasa macam ada unsur-unsur jenayah kat sini?" Nadia memandang Is dan Farah. “Nanti Is explain kat Nadia arr… sekarang nie Is nak minta tolong Nadia hantarkan wallet nie kat abang Haikal. Cepat arr Nadia sebelum abang Haikal dah jauh tue…” Is memandang kelibat Haikal. Secara automatik Nadia turut memandang ke arah Haikal. “Ala… Is balik nanti kasi jer ler wallet tue kat dia. Nadia belum makan gie nie” Nadia cuba mengelak. “Abang Haikal terus balik Cheras lah Nadia, dia tak balik rumah arie nie.. lagipun Is kan tengah makan nie” Is memandang Farah seolah-olah meminta bantuannya. Seperti mengerti pandangan Iskandar Farah terus memujuk Nadia. “Yer lah… Nadia tolong lah bagikan wallet tue nanti Farah tolong orderkan makanan kegemaran Nadia key…” Farah terus memanggil pelayan dan membuat pesanan.

Antara nak tak nak Nadia terpaksa bangun dan mengejar kelibat Haikal yang semakin jauh. Ish…. Budak Haikal nie menyusahkan aku jer arr… nasib baik aku pakai jeans malam nie senang sikit nak berlari. Sebelum Haikal hilang dari pandangan, Nadia terus berlari cuba mendapatkan Haikal. Tetapi larian Nadia menjadi perlahan…

Alamak…. Sakitnya perut… tak kan gastric kot… aduh!!! Sakitnya… akhirnya Nadia terduduk di tepi jalan.

Haikal yang menyedari dirinya di ekori terus berhenti setelah mendapati Nadia terduduk di tepi jalan. Apsal pulak minah nie… dah tak der tempat lain nak duduk ker?? tapi kenapa dia tertunduk cam sedang menahan kesakitan jer… hmmm…. aku tau cam ner nak ajar perempuan nie…

Haikal terus mendapatkan Nadia yang sedang menahan kesakitan.

“Kau tak payahlah nak berlakon kat sini… pura-pura sakit nak kan perhatian aku lah tue… ko jangan mimpi lah aku nak tolong kau… dengar sini bebaik … aku tak tau apa yang adik aku dah beritahu kau tapi untuk pengetahuan kau, aku tak teringin pun nak berkenalan dengan kau..” Haikal terus berlalu tanpa memperdulikan Nadia.

Terkebil-kebil Nadia memandang Haikal yang terus berlalu tanpa mendengar sebarang penjelasan darinya. Kesakitan menyerang kembali Nadia tiada masa hendak memikirkan apa yang telah di perkatakan oleh Haikal. Apa yang mampu di lakukan hanyalah berdoa semoga Iskandar dan Farah akan mencarinya.

Ya Allah!!!! Sakitnya perut aku… Farah… Is…. Manalah korang…

Tiba-tiba Nadia di datangi oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali. Seorang mempunyai parut di dahi dan seorang lagi bertubuh besar. Mereka mengusik dan cuba melakukan sesuatu yang tidak diingini.

“Hoi… perempuan serahkan duit dan apa sahaja yang berharga.. cepat!!!” kata lelaki yang mempunyai parut di dahi sambil mengacukan pisau ke arah Nadia.

Nadia yang dalam ketakutan hanya menyerahkan dompet kepunyaanya sahaja wallet Haikal di sembunyikan di poket belakang seluar jenasnya.

“Kalau kau nak… amik jer dompet aku dan jangan apa-apakan aku” Nadia cuba berlagak tenang walaupun ketakutan mulai menguasai diri. “Tu… tu… jam dan cincin kat jari kau tue sekali”
Nadia hanya menyerahkan jam Omega yang dipakainya sahaja. Cincin pertunangan mak dan abah tidak sesekali akan diserahkan. Cincin itu adalah pemberian maknya di kampung. “Cincin tue….” Jerkah lelaki yang berbadan besar. “Tolonglah kau nak duit aku dah bagi… kau nak jam aku dah bagi… cincin nie jer lah pemberian mak aku…. aku takkan bagi pada korang” Nadia nekad apa pun yang terjadi cincin di jari tidak akan di berikan kepada mereka. “Perh!!! beb malam nie memang rezeki kita arr.. baiklah.. kalau kau tak nak bagi cincin yang berapa senlah sangat tue aku nakkan tubuh kau….” kata lelaki berparut di dahi sambil memandang Nadia penuh nafsu.
“Kau…. Kau…. Jangan cuba nak buat apa-apa kat aku…” Nadia mengumpulkan kekuatan cuba bangun namun kesakitan di perut akibat gastric membataskan perbuatan Nadia. Muka Nadia pucat dan jika di toreh dengan pisau mungkin tidak berdarah. Ya Allah… jauhkanlah aku dari segara perbuatan jahat…. Nadia cuba melupakan seketika kesakitan di perut. Apa pun maruah diri akan dipertahankan walaupun nyawa melayang. Nadia berserah kepada Allah.

Lelaki itu memandang Nadia sambil ketawa dan cuba merapati Nadia. Nadia mencapai kayu yang ada di sebelahnya dan terus memukul sesiapa sahaja yang cuba merapatinya. Nadia mengumpul kekuatan yang ada untuk berlawan dengan lelaki tersebut. Salah satu pukulannya mengenai dahi lelaki yang mempunyai parut di muka. Kelihatan darah mengalir.

“Kurang ajar kau…. Berdarah kepala aku…” lelaki tersebut naik berang. Dia menuju ke arah Nadia dan Nadia telah menghadiahkannya sepakkan di bahagian kemaluan lelaki itu dan mengakibatkan lelaki itu jatuh tersungkur menahan senak.



Hai.. ok gak buat novel kat cini lain dr yg lain tu....semoga berjaya.....salam perkenalan dr Zai Kulim...nice pic..nanti kasi letak byk pic g erk...

Kalau boring2 tu singgah ler kat fp Zai erk kat http://zbintim.fotopages.com

P/S-Kalau nak reply comment zai..sila ke fotopages zai..erk..utk kesenangan kembali semula ke fotopages anda.....Thanks..
Fri 7-Mar-2008 09:03
Posted by:zai Kulim  - [Link]
terima kasih zai sebenarnya hanya satu cubaan jer nak wat blog cam tak berapa nak reti dan rasa cam nanti asyik nak makeup jer last2 decide nak wat kat sini jer abis citer salam perkenalan jua dari Qiellah Mon 10-Mar-2008 00:27
Posted by:sesuciqiellah  - [Link]
Add comment


Thursday, 6-Mar-2008 12:29 Email | Share | | Bookmark
KhAs....

 
Sebenarnya link nie aku baru create sebab hati melonjak-lonjak nak buat satu fotopages khas tuk e-novel yang aku create selama nie... aku taw tak sesuai buat kat sini... tapi aku nak buat gak sebab tak der orang yang buat so aku ler nak rasmikan so kalau korang rasa jalan cerita nie ok korang komenlah yek

Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen1.pidgintech.com